Pillar 1: Foundation (Fasa 1)

Fasa 1: Foundation (Asas)

Membina asas yang kukuh melalui 3 kluster utama dalam ekosistem perniagaan dan teknikal.

Kluster : Produk

  • Perabot
  • Produk Pengguna
  • Fabrik
  • Upholstery
  • Fesyen

Kluster : Servis

  • Civil
  • Maintainance and Service
  • Mechanical and Electrical

Kluster : Industri Solution

  • Semi Conductor
  • Oil & Gas
  • Renewable Energy
  • Green Technology
  • Smart Manufacturing
  • Architectural

Fasa 2: Expansion (Pengembangan)

Fokus kepada 4 elemen utama untuk memastikan kebolehpasaran, kelestarian perniagaan dan peningkatan kualiti operasi.

1. Usahawan

Pembentukan minda keusahawanan (entrepreneurial mindset), kepimpinan, ketahanan mental, dan visi jangka panjang.

2. Operasi Syarikat

Penubuhan entiti perniagaan, pengurusan kewangan, penjenamaan (branding), dan perancangan strategik korporat.

3. Kompetensi

Pensijilan profesional, peningkatan kemahiran teknikal (upskilling), penguasaan teknologi terkini, inovasi, pengkomersialan dan kualiti kerja.

4. Sistem Sokongan

Akses kepada geran & pembiayaan, fasiliti, pementoran pakar industri, dan jaringan alumni teknousahawan.

Fasa 3: Growth (Pertumbuhan)

Pemetaan Kluster (Fasa 1) kepada Industri Elektif untuk memacu pertumbuhan dan pengkhususan dalam pasaran sebenar. Klik kluster di bawah untuk melihat pemetaan industri elektif.

Kluster Asas (Fasa 1)
Industri Elektif (Fasa 3)

Rantaian Bekalan & Pembuatan Komersial

Pengilangan Berskala, E-Dagang Global, dan Francais Barangan Pengguna (FMCG).

Pengurusan Fasiliti & Penyelenggaraan

Pengurusan Fasiliti Bersepadu (IFM), Kontraktor Utama (G7), dan Servis B2B Korporat.

Inovasi Teknologi & Kejuruteraan Tinggi

Integrasi Sistem, R&D Teknologi Hijau, dan Perundingan Pakar Kejuruteraan.

Pemboleh Daya Menyeluruh

Vendorship

Penyertaan dalam rantaian bekalan utama dan perolehan korporat/kerajaan.

Pengkomersialan

Strategi penskalaan inovasi, pengurusan harta intelek (IP), dan penembusan pasaran baharu.

Ekosistem Pembiayiaan

Akses strategik kepada geran, dana pelabur, dan fasiliti perbankan komersial.

Fasa 4: Sustainability (Kelestarian)

Memastikan daya saing dan ketahanan perniagaan melalui amalan kelestarian, inovasi hijau, dan pengkomersialan yang berterusan.

Sustainable Competency

Pembangunan kemahiran berterusan yang sejajar dengan arus perubahan global dan keperluan industri masa depan.

Social Entrepreneurs

Membina model perniagaan yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat serta menyelesaikan isu sosial.

ESG

Pematuhan dan pelaksanaan elemen Alam Sekitar (Environmental), Sosial (Social), dan Tadbir Urus (Governance).

Green Tech

Adaptasi dan penciptaan teknologi hijau untuk kelestarian perniagaan dan pengurangan jejak karbon (carbon footprint).

Vendorship

Membina keupayaan untuk menyertai rantaian bekalan utama, perolehan kerajaan dan bergelar vendor syarikat korporat.

Pengkomersialan

Pengskalaan dan strategi inovasi pasaran bagi menembusi pasaran baharu dan melonjakkan nilai dagangan produk.

Fasa 5: Technoprenuer Global

Memperkasakan usahawan untuk bersaing di peringkat antarabangsa melalui hubungan strategik dan kolaborasi bersama industri serta institusi di luar negara.

Kolaborasi Industri Antarabangsa

Membina rantaian nilai global melalui usahasama (joint ventures), MoU, dan pemindahan teknologi bersama syarikat multinasional.

Rangkaian Institusi Global

Kerjasama akademik dan penyelidikan bersama universiti serta pusat latihan vokasional antarabangsa untuk pensijilan bertaraf dunia.

Eksport & Akses Pasaran

Akses kepada platform e-dagang rentas sempadan, pameran antarabangsa, pematuhan piawaian antarabangsa, dan misi galakan eksport.