Sebuah Program Pemerkasaan Usahawan Teknikal
38
Pelajar Aktif (Kohort 3-5)
22
Alumni (Kohort 1-2)
RM41.2J
Jumlah Pencapaian Jualan
150+
Penawaran Pekerjaan (sejak 2021)
Program Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara ditubuhkan pada Julai 2021. Kapasiti pengambilan adalah 10-12 pelajar setahun. Kini, program ini mempunyai 44 pelajar dari 4 kohort berbeza.
Pemilihan pelajar merujuk kepada tier Bahagian Pembangunan Usahawan MARA.
Tier 1 (Start Up): Teknousahawan yang baru memulakan atau beroperasi di bawah 1 tahun dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara atau setara.
Tier 2 (Accelerator): Teknousahawan yang telah beroperasi di bawah 3 tahun dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara atau setara.
Tier 3 (Growth): Teknousahawan yang telah beroperasi di bawah 5 tahun dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara atau setara.
Kolaborasi pemerkasaan komuniti setempat dengan memberi ilmu dan perkongsian pengalaman.
Program ini menjalin kerjasama aktif dengan pelbagai pihak bagi memperkasa pelajar dari segi latihan, pembiayaan, dan pendedahan industri.
TRILI MAJU SDN BHD: Pewujudan vendor dan kompetensi dalam bidang berkaitan (kontena sejuk beku).
Latihan dan Geran Peralatan diberikan kepada pelajar dan alumni seramai 20 orang, melibatkan latihan keusahawanan dan teknikal berkaitan.
Latihan berkaitan perancangan strategik syarikat serta halatuju setiap syarikat untuk tahun 2025. Program ini dirasmikan oleh Ir Dr Mahzan bin Teh (TKPP) dengan kerjasama Pejabat MARA Wilayah Persekutuan.
Misi bantuan banjir oleh pelajar bagi membantu penduduk yang terkesan di Pantai Timur dan Utara.
Pelajar semester akhir akan dipadankan bersama syarikat pelajar Diploma Teknousahawan bagi memberi pendedahan kemahiran dan diberi surat tawaran kerja secara kontrak. Setelah tamat praktikal, mereka akan diberikan gaji minimum sekitar RM 2300 - RM 2800.
Fokus pada peningkatan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan melalui standard kerja yang lebih tinggi dalam setiap aspek teknikal.
Terokai galeri gambar aktiviti, projek pelajar, dan program yang telah dijalankan. Anda boleh melihat persembahan di bawah atau membukanya di tab baru untuk paparan penuh.
Terokai cadangan penjenamaan komprehensif untuk program ini, termasuk logo, palet warna, dan identiti visual. Anda boleh melihat persembahan di bawah atau membukanya di tab baru untuk paparan penuh.
Fokus: Pendigitalan & AI-Driven
Menjadi peneraju program teknousahawan HVAC-R yang dipacu oleh digital dan kecerdasan buatan di Malaysia.
Melahirkan teknousahawan HVAC berkemahiran tinggi, inovatif, dan bersedia mendepani cabaran Revolusi Industri 5.0.
RM 1 Juta Setahun