Logo MARA Logo IKM Kuala Lumpur

Diploma Teknousahawan Penyejukan & Penyamanan Udara

Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur

Sebuah Program Pemerkasaan Usahawan Teknikal

22

Pelajar Aktif (Kohort 3-4)

22

Alumni (Kohort 1-2)

RM32.6J

Jumlah Pencapaian Jualan

150+

Penawaran Pekerjaan (sejak 2021)

Pengenalan

Program Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara ditubuhkan pada Julai 2021. Kapasiti pengambilan adalah 10-12 pelajar setahun. Kini, program ini mempunyai 44 pelajar dari 4 kohort berbeza.

Objektif Utama

  • Mencapai sasaran jualan RM50,000 bagi setiap teknousahawan.
  • Mendorong perkembangan syarikat (cth: dari Enterprise ke Sdn Bhd, penambahan pekerja).
  • Mewujudkan kerjasama strategik dengan industri dan agensi keusahawanan.
  • Meningkatkan penglibatan dalam program jaringan komuniti dan CSR.

Proses Pemilihan

  • Kaedah pemilihan pelajar adalah berdasarkan sesi pra-permohonan secara dalam talian (Google Form) yang dihebahkan di media sosial.
  • Semua calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga bagi pemilihan akhir.

Struktur Pemilihan Berdasarkan Tier (Nisbah 7:2:1)

Pemilihan pelajar merujuk kepada tier Bahagian Pembangunan Usahawan MARA.

Tier 3: Growth (10%)
Tier 2: Accelerator (20%)
Tier 1: Start Up (70%)

Tier 1 (Start Up): Teknousahawan yang baru memulakan atau beroperasi di bawah 1 tahun dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara atau setara.

Tier 2 (Accelerator): Teknousahawan yang telah beroperasi di bawah 3 tahun dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara atau setara.

Tier 3 (Growth): Teknousahawan yang telah beroperasi di bawah 5 tahun dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara atau setara.

Jumlah Pelajar Mengikut Negeri & Kohort

Komuniti Persatuan Penjaja Pasar Kg Pandan

Kolaborasi pemerkasaan komuniti setempat dengan memberi ilmu dan perkongsian pengalaman.

Program Anjuran IKM Kuala Lumpur

  • Jamuan Aidilfitri
  • Podcast 'Sejuk ke Panas'
  • Program Network to Networth
  • Program Office Central Training bersama IKM Alor Setar
  • VRF Training and Troubleshooting bersama Panasonic

Program ini menjalin kerjasama aktif dengan pelbagai pihak bagi memperkasa pelajar dari segi latihan, pembiayaan, dan pendedahan industri.

DOCTO AIRCOND: Pelaksanaan projek berkala bernilai RM500,000.
EKONXPERT: Kerjasama latihan dan pembiayaan dengan Bahagian Infrastruktur Komersial MARA.
MARA NEGERI SELANGOR: Penyediaan geran latihan, premis, dan pembiayaan.
YAPIEM HOLDING: Projek perkhidmatan servis berkala di Ar-Rahnu bernilai RM56,000.
PANASONIC: Pewujudan vendor dan peningkatan kompetensi teknousahawan.

TRILI MAJU SDN BHD: Pewujudan vendor dan kompetensi dalam bidang berkaitan (kontena sejuk beku).

BPM & MRSM: Projek perkhidmatan servis di MRSM Lipis, Besut, dan Alor Gajah.

PROGRAM START RIGHT @KKDW 2.0

Latihan dan Geran Peralatan diberikan kepada pelajar dan alumni seramai 20 orang, melibatkan latihan keusahawanan dan teknikal berkaitan.

BUSINESS PLANNING AND WAY FORWARD

Latihan berkaitan perancangan strategik syarikat serta halatuju setiap syarikat untuk tahun 2025. Program ini dirasmikan oleh Ir Dr Mahzan bin Teh (TKPP) dengan kerjasama Pejabat MARA Wilayah Persekutuan.

MISI BANJIR DI PANTAI TIMUR & UTARA

Misi bantuan banjir oleh pelajar bagi membantu penduduk yang terkesan di Pantai Timur dan Utara.

ZERO UNEMPLOYBILITY PROGRAM

Pelajar semester akhir akan dipadankan bersama syarikat pelajar Diploma Teknousahawan bagi memberi pendedahan kemahiran dan diberi surat tawaran kerja secara kontrak. Setelah tamat praktikal, mereka akan diberikan gaji minimum sekitar RM 2300 - RM 2800.

  • 2021-2022: Anugerah Teknousahawan @KKDW (Pusat Teknousahawan Terbaik, Pengajar Teknousahawan Terbaik, Pusat Digital Terbaik).
  • 2023: Anugerah Graduan Cemerlang Keusahawanan & Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan di Konvokesyen Perdana.
  • 2024: Anugerah Graduan Cemerlang Keusahawanan.
  • Perjawatan: Tiada lantikan khas bagi Ketua Program Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara.
  • Struktur Program: Program ini sepatutnya berada dibawah jabatan atau berasingan.
  • Peruntukan: Tiada peruntukan buat program terutamanya peralatan dan bahan serta kelas.
  • Kaedah Perlaksanaan: Kaedah perlaksanaan kurang jelas dan tidak selaras.
  • Modul: Modul keusahawanan dan sahsiah tidak di "revised" lebih daripada 8 tahun.
  • Latihan Pensyarah: Kurangnya kursus upskilling kepada pensyarah yang terlibat dengan teknousahawan.
  • Dasar: Dasar teknousahawan perlu ditambahbaik.
  • Penyelarasan Perlaksanaan: Terdapat 3 jenis perlaksanaan teknousahawan yang perlu diselaraskan: IKM Alor Setar (keseluruhan), IKM Sik, Sg. Petani & KKTM Rembau (upgrade), dan IKM Kuala Lumpur & IKM SPU (tambahan).
  • Tenaga Pengajar: Tambahan tenaga pengajar khas diperlukan kerana kapasiti pelajar dan permintaan yang makin meningkat.
  • Kefahaman Pengurusan: Pihak pengurusan perlu lebih jelas mengenai kaedah perlaksanaan Diploma Teknousahawan yang berbeza dengan arus perdana.

Fokus pada peningkatan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan melalui standard kerja yang lebih tinggi dalam setiap aspek teknikal.

Kualiti Pemasangan Unit Baharu

  • Membangunkan senarai semak pemasangan standard (SOP) yang terperinci untuk memastikan konsistensi.
  • Latihan mengenai amalan terbaik pemasangan mengikut jenama dan model terkini.
  • Penekanan kepada kekemasan kerja, pengurusan kabel, dan pembersihan tapak selepas pemasangan.
  • Sesi demonstrasi kepada pelanggan tentang penggunaan asas dan penjagaan unit.

Maintenance, Repair and Operation (MRO)

  • Penyediaan laporan perkhidmatan digital yang jelas dan mudah difahami oleh pelanggan.
  • Latihan komunikasi berkesan untuk menerangkan masalah teknikal dan cadangan penyelesaian.
  • Penggunaan alat diagnostik moden untuk mengesan kerosakan dengan lebih tepat dan cepat.
  • Membangunkan pakej servis proaktif untuk menggalakkan penyelenggaraan berkala dan mengelakkan kerosakan besar.

Terokai galeri gambar aktiviti, projek pelajar, dan program yang telah dijalankan. Anda boleh melihat persembahan di bawah atau membukanya di tab baru untuk paparan penuh.

Terokai cadangan penjenamaan komprehensif untuk program ini, termasuk logo, palet warna, dan identiti visual. Anda boleh melihat persembahan di bawah atau membukanya di tab baru untuk paparan penuh.

Hala Tuju & Perancangan Strategik 2025–2030

Fokus: Pendigitalan & AI-Driven

Visi

Menjadi peneraju program teknousahawan HVAC-R yang dipacu oleh digital dan kecerdasan buatan di Malaysia.

Misi

Melahirkan teknousahawan HVAC berkemahiran tinggi, inovatif, dan bersedia mendepani cabaran Revolusi Industri 5.0.

Perubahan Sasaran Jualan

Sasaran jualan ditingkatkan daripada RM 50,000 kepada RM 100,000 bagi melahirkan teknousahawan yang berimpak tinggi.

Teras Strategik Interaktif

2025–2026:

  • AI Tutor & LMS pintar
  • Video interaktif & simulasi
  • Pemantauan prestasi pelajar berasaskan AI

2027–2030:

  • Lab Assistant AI
  • Adaptive Learning System

2025–2026:

  • Bengkel Pintar (IoT, Cloud, Sensor)
  • Real Job Simulation

2027–2030:

  • Data servis untuk analitik AI
  • E-portfolio pelajar
  • Kerjasama industri terus

2025–2026:

  • Modul kursus mikro
  • Platform modular terbuka

2027–2030:

  • Sistem blockchain pencapaian
  • Pengiktirafan industri

2025–2026:

  • Job shadowing usahawan HVAC
  • Bengkel mentor startup

2027–2030:

  • Program pertukaran ASEAN
  • Startup HVAC Challenge

2025–2026:

  • Jenama latihan industri rasmi
  • Sistem tempahan & rekod servis

2027–2030:

  • THERMAL beroperasi komersial
  • Aplikasi pelanggan + rating pelajar

2025–2026:

  • Rubrik AI untuk penilaian
  • Portfolio digital

2027–2030:

  • TEQSS sebagai standard industri
  • AI Analitik prestasi

2025–2026:

  • Penubuhan konsortium HVAC-R
  • Blueprint Ekosistem 2030

2027–2030:

  • Inkubator startup HVAC centre
  • Dana bersama R&D & paten