Logo MARA Logo IKM Kuala Lumpur

Diploma Teknousahawan Penyejukan & Penyamanan Udara

Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur

Sebuah Program Pemerkasaan Usahawan Teknikal

38

Pelajar Aktif (Kohort 3-5)

22

Alumni (Kohort 1-2)

RM41.2J

Jumlah Pencapaian Jualan

150+

Penawaran Pekerjaan (sejak 2021)

Sorotan Program

Pengenalan

Program Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara ditubuhkan pada Julai 2021. Kapasiti pengambilan adalah 10-16 pelajar setahun. Kini, program ini mempunyai 60 pelajar dari 5 kohort berbeza.

Objektif Utama

  • Mencapai sasaran jualan RM50,000 bagi setiap teknousahawan.
  • Mendorong perkembangan syarikat (cth: dari Enterprise ke Sdn Bhd, penambahan pekerja).
  • Mewujudkan kerjasama strategik dengan industri dan agensi keusahawanan.
  • Meningkatkan penglibatan dalam program jaringan komuniti dan CSR.

Proses Pemilihan

  • Kaedah pemilihan pelajar adalah berdasarkan sesi pra-permohonan secara dalam talian (Google Form) yang dihebahkan di media sosial.
  • Semua calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga bagi pemilihan akhir.

Struktur Pemilihan Berdasarkan Tier (Nisbah 7:2:1)

Pemilihan pelajar merujuk kepada tier Bahagian Pembangunan Usahawan MARA.

Tier 3: Growth (10%)
Tier 2: Accelerator (20%)
Tier 1: Start Up (70%)

Tier 1 (Start Up): Teknousahawan yang baru memulakan atau beroperasi di bawah 1 tahun dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara atau setara.

Tier 2 (Accelerator): Teknousahawan yang telah beroperasi di bawah 3 tahun dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara atau setara.

Tier 3 (Growth): Teknousahawan yang telah beroperasi di bawah 5 tahun dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara atau setara.

Jumlah Pelajar Mengikut Negeri & Kohort

Komuniti Persatuan Penjaja Pasar Kg Pandan

Kolaborasi pemerkasaan komuniti setempat dengan memberi ilmu dan perkongsian pengalaman.

Program Anjuran IKM Kuala Lumpur

  • Jamuan Aidilfitri
  • Podcast 'Sejuk ke Panas'
  • Program Network to Networth
  • Program Office Central Training bersama IKM Alor Setar
  • VRF Training and Troubleshooting bersama Panasonic

Program ini menjalin kerjasama aktif dengan pelbagai pihak bagi memperkasa pelajar dari segi latihan, pembiayaan, dan pendedahan industri.

DOCTO AIRCOND: Pelaksanaan projek berkala bernilai RM500,000.
EKONXPERT: Kerjasama latihan dan pembiayaan dengan Bahagian Infrastruktur Komersial MARA.
MARA NEGERI SELANGOR: Penyediaan geran latihan, premis, dan pembiayaan.
YAPIEM HOLDING: Projek perkhidmatan servis berkala di Ar-Rahnu bernilai RM56,000.
PANASONIC: Pewujudan vendor dan peningkatan kompetensi teknousahawan.

TRILI MAJU SDN BHD: Pewujudan vendor dan kompetensi dalam bidang berkaitan (kontena sejuk beku).

BPM & MRSM: Projek perkhidmatan servis di MRSM Lipis, Besut, dan Alor Gajah.
PUNB Jumper: Program Mentoring dan Coaching Usahawan.

PROGRAM EKONXPERT

Program ekonXpert di bawah Bahagian Industri Komersial MARA, program ini memberi latihan keusahawanan, kompetensi dan pinjaman kepada teknousahawan untuk perkembangan syarikat.

PROGRAM START RIGHT @KKDW 2.0

Latihan dan Geran Peralatan diberikan kepada pelajar dan alumni seramai 20 orang, melibatkan latihan keusahawanan dan teknikal berkaitan.

BUSINESS PLANNING AND WAY FORWARD

Latihan berkaitan perancangan strategik syarikat serta halatuju setiap syarikat untuk tahun 2025. Program ini dirasmikan oleh Ir Dr Mahzan bin Teh (TKPP) dengan kerjasama Pejabat MARA Wilayah Persekutuan.

MISI BANJIR DI PANTAI TIMUR & UTARA

Misi bantuan banjir oleh pelajar bagi membantu penduduk yang terkesan di Pantai Timur dan Utara.

ZERO UNEMPLOYBILITY PROGRAM

Pelajar semester akhir akan dipadankan bersama syarikat pelajar Diploma Teknousahawan bagi memberi pendedahan kemahiran dan diberi surat tawaran kerja secara kontrak. Setelah tamat praktikal, mereka akan diberikan gaji minimum sekitar RM 2300 - RM 2800.

  • 2021-2022: Anugerah Teknousahawan @KKDW (Pusat Teknousahawan Terbaik, Pengajar Teknousahawan Terbaik, Pusat Digital Terbaik).
  • 2023: Anugerah Graduan Cemerlang Keusahawanan & Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan di Konvokesyen Perdana.
  • 2024: Anugerah Graduan Cemerlang Keusahawanan.

Terokai galeri gambar aktiviti, projek pelajar, dan program yang telah dijalankan. Anda boleh melihat persembahan di bawah atau membukanya di tab baru untuk paparan penuh.

Selami kisah-kisah inspirasi daripada pelajar dan alumni kami yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam industri HVAC-R. Lihat perjalanan mereka, cabaran yang dihadapi, dan pencapaian yang membanggakan.

Data Potensi Projek Penyelenggaraan (Bilangan Unit/Cawangan)

57

MRSM

17

MJII/KKTM/IKM

275

GIAT MARA

13

KPM/KPTM

91

UNIKLINIK

8

LOCCA CAFE

136

MARA NEGERI/DAERAH

405

MARALINER

Cadangan Penambaikan Strategik

Cadangan 1: Perkembangan dan Peningkatan dalam Perniagaan
  • Projek penyelenggaraaan penghawa dingin dan penyejukan di semua Institusi MARA, Anak Syarikat MARA serta usahawan MARA.
  • Program Jaringan Koperat bagi perkongsian Ilmu dan Pengalaman bersama tokoh koperat.
  • Pengwujudan Talent Pool Program bagi membantu menawarkan peluang pekerjaan kepada lepasan IPMA.
Cadangan 2: Pendidikan yang komprehensif
  • Peluang belajar / intership / lawatan industri di luar negara.
  • Pengwujudan myekon konsortium bagi mengabungkan semua usahawan penyejukan dan penyamanan udara dibawah MARA.
  • Peningkatan Fasiliti dan Kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang kondusif di IKM Kuala Lumpur kepada pelajar Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara.
Cadangan 3: Pengwujudan HUB Teknousahawan
  • Pengwujudan HUB Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara bagi keseragaman, peluang kerjaya, perkongsian kepakaran dan hub akademi penghawa dingin.

Hala Tuju & Perancangan Strategik 2025–2030

Fokus: Pendigitalan & AI-Driven

Visi

Menjadi peneraju program teknousahawan HVAC-R yang dipacu oleh digital dan kecerdasan buatan di Malaysia.

Misi

Melahirkan teknousahawan HVAC berkemahiran tinggi, inovatif, dan bersedia mendepani cabaran Revolusi Industri 5.0.

Sasaran Penjanaan Pendapatan Setiap Syarikat

RM 1 Juta Setahun

Peta Jalan Strategik

Teras 1: Kaedah PdP AI-Driven

Fasa 1 (2025-2026)
  • AI Tutor & LMS pintar
  • Video interaktif & simulasi
  • Pemantauan prestasi pelajar berasaskan AI
Fasa 2 (2027-2030)
  • Lab Assistant AI
  • Adaptive Learning System

Teras 2: Teaching Factory HVAC 5.0

Fasa 1 (2025-2026)
  • Bengkel Pintar (IoT, Cloud, Sensor)
  • Real Job Simulation
Fasa 2 (2027-2030)
  • Data servis untuk analitik AI
  • E-portfolio pelajar
  • Kerjasama industri terus

Teras 3: Micro Credential

Fasa 1 (2025-2026)
  • Modul kursus mikro
  • Platform modular terbuka
Fasa 2 (2027-2030)
  • Sistem blockchain pencapaian
  • Pengiktirafan industri

Teras 4: Technopreneur Exchange

Fasa 1 (2025-2026)
  • Job shadowing usahawan HVAC
  • Bengkel mentor startup
Fasa 2 (2027-2030)
  • Program pertukaran ASEAN
  • Startup HVAC Challenge

Teras 5: THERMAL Services

Fasa 1 (2025-2026)
  • Jenama latihan industri rasmi
  • Sistem tempahan & rekod servis
Fasa 2 (2027-2030)
  • THERMAL beroperasi komersial
  • Aplikasi pelanggan + rating pelajar

Teras 6: Penilaian TEQSS

Fasa 1 (2025-2026)
  • Rubrik AI untuk penilaian
  • Portfolio digital
Fasa 2 (2027-2030)
  • TEQSS sebagai standard industri
  • AI Analitik prestasi

Teras 7: Konsortium DTRAC

Fasa 1 (2025-2026)
  • Penubuhan konsortium HVAC-R
  • Blueprint Ekosistem 2030
Fasa 2 (2027-2030)
  • Inkubator startup HVAC centre
  • Dana bersama R&D & paten